Blog Entrynabi muhammadMay 6, '08 11:17 AM
for everyone

Peperangan Uhud adalah satu peperangan di mana Nabi Muhammad s.a.w. telah tercedera parah. Menurut Hadis Bukhari, hanya dua orang sahabat yang tinggal bersamanya iaitu  Sa’ad bin Abi-Waqas dan Talhah bin Ubaidullah r.a.  Sebahagian sahabat kebingungan, sebahagiannya berjuang bersendirian dan terputus hubungan dengan yang lain. Sebahagian yang lain  pula telah memanjat bukit untuk menyelamatkan nyawa; dan telah tersebar dengan luas kabar angin  bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah syahid.

 

Pada hari itu, Abu Talhah Ansari r.a. iaitu ayah tiri  Anas r.a., telah mempertahankan Nabi s.a.w. dengan sepenuh jiwa dan tenaganya. Beliau berkali-kali merayu kepada Rasulullah s.a.w. sambil berkata , “Saya korbankan ibubapa ku demi keselamatanmu! Jangan tinggalkan tempatmu  kerana saya takut anda akan dipanah”.

 

 

Inilah satu-satunya peperangan  semasa hayat Rasulullah s.a.w. di mana orang Islam telah ditewaskan dan seramai 70 orang sahabat r.a. telah syahid.  Dan,  barangkali tiada seorang pun yang tidak mendapat kecederaan . Beberapa orang wanita juga turut serta dalam pertempuran ini.

 

Sebelum kami mengulas dengan lebih lanjut tentang siapakah wanita yang turut serta dalam peperangan ini, dan apakah tanggungjawab mereka, perlu dijelaskan bahawa Rasulullah s.a.w. menyedari akan bahaya yang akan dihadapi. Itulah sebabnya mengapa Baginda s.a.w. tidak membenarkan kanak-kanak lelaki yang berumur 14 tahun ke bawah untuk mengambil bahagian dalam peperangan ini. Di kalangan kanak-kanak  bawah umur ini termasuklah Samrah bin Jundub, Bara’ bin Azib, Anas bin Malik, Zaid bin Thabith dan Abdullah bin Umar r.a. .  Ibn Umar r.a. tidak dibenarkan menyertai Perang Uhud kerana beliau berumur 14 tahun ketika itu dan peperangan pertama yang disertainya ialah Perang Ahzab atau dikenali dengan nama Perang Khandak. Oleh itu, had umur untuk menyertai satu-satu peperangan ialah 15 tahun. Angka ini amat penting sehingga  sesetengah ahli feqah,  dengan berdasarkan riwayat Ibn Umar ini, telah menetapkan had kematangan ( baligh ) adalah  sekurang-kurangnya 15 tahun.

 

Sekarang perhatikan sekiranya Rasulullah s.a.w. hanya membenarkan mereka yang berumur 15 tahun ke atas untuk mengambil bahagian  dalam peperangan, bagaimana mungkin seorang kanak-kanak perempuan bawah umur dibenarkan untuk turut serta dalam peperangan?

 

Perlu diingat bahawa wanita yang mengambil bahagian di dalam peperangan mempunyai pelbagai tanggungjawab seperti mengangkat dan  merawat mujahidin yang tercedera di medan pertempuran, memberi minum kepada mujahidin yang tercedera, bahkan mengangkat senjata bila diperlukan. Adalah jelas bahawa tidak semua wanita mampu melakukan tugas-tugas ini . Bagaimana  mungkin  tanggungjawab  sebegitu penting diserahkan kepada seorang kanak-kanak perempuan yang baru berusia sembilan atau sepuluh tahun?

 

Seorang wanita mampu  melaksanakan tugas yang sebegitu penting sekiranya dia memiliki kemahiran dalam teknik bertempur , dan boleh mempertahankan  dirinya sendiri apabila perlu, dan yang utamanya dia mestilah mempunyai keberanian untuk menyertai  pertempuran apabila diperlukan.

 

Dengan mempertimbangkan hal ini dengan cermat, kita terpaksa mengakui bahawa tanggungjawab seperti itu tidak boleh diserahkan kepada seorang kanak-kanak perempuan bawah umur. Sekiranya,  pemuda  yang berusia 14 tahun tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian di dalam pertempuran, kaum wanita yang ingin menyertai peperangan  mestilah seorang yang cukup matang dan berpengalaman yang faham akan risiko yang bakal ditanggung.

 

 

Di antara wanita yang pernah berperang bersama Rasulullah s.a.w. ialah :

 

1. Ummu Ammarah r.a. :

 

            Di antara wanita yang telah menyertai peperangan Uhud ialah  Ummu Ammarah r.a.  yang  turut melindungi Rasulullah s.a.w. .  Pada hari itu, beliau mendapat 13 luka dan Nabi s.a.w. sendiri telah membalut lukanya sambil berdiri.

 

            Ummu Ammarah r.a. berhadapan dengan Ibn Qamayyah yang melemparkan batu kepada Rasulullah s.a.w. Beliau (Ummu Ammarah r.a.) menyerang menggunakan sebatang kayu (sedangkan Ibn Qamayyah bersenjatakan sebilah pedang) , mengakibatkan Ibn Qamayyah jatuh tersungkur  dan pecah  kepalanya.

 

            Beliau r.a.  juga telah menyertai Peperangan Yamamah menentang Musailamah al-Kazzab dan telah berjuang dengan sepenuh hati dan telah mendapat 12 luka sehingga menyebabkan tangannya tidak boleh digunakan .

  

 2. Ummu Sulaim r.a. :

 

            Ibn Sa'ad telah meriwayatkan bahawa Ummu Sulaim r.a. membawa bersamanya pisau belati pada hari Peperangan Uhud.

 

             Anas r.a. telah menceritakan bahawa Ummu Sulaim r.a. membawa pisau belati bersamanya sewaktu Pertempuran Hunain. Abu Talhah r.a. mengadu kepada nabi s.a.w., "Wahai Rasulullah., ini Ummu Sulaim dan beliau membawa pisau belati bersamanya". Mendengarkan kata-kata itu, Ummu Sulaim r.a.  berkata, "Wahai Rasulullah., saya menyimpan pisau  ini kerana  jika ada orang kafir datang mendekati saya, saya akan menikam perutnya". (Tabaqat Ibn Sa'ad, Jilid VIII, m/s 425)

 

 

Wanita yang tidak menyertai pertempuran secara langsung  juga turut dilengkapi dengan senjata.

 

            Keterangan ini jelas menunjukkan bahwa menyertai peperangan bukanlah tugas seorang kanak-kanak  bawah umur. Ummu Sulaim r.a., ibu kepada Anas r.a., adalah seorang wanita yang dewasa dan berpengalaman. Beliau telah  mengambil bahagian dalam beberapa peperangan bersama Nabi Muhammad s.a.w.

 

3. Ummul Mu'minin Saidatina 'Aishah r.a. :

 

            Kami telah membuktikan bahawa Ummul Mu'minin Saidatina 'Aishah r.a. telah menyertai Peperangan Badar sebagai wanita dewasa dan bukan sebagai kanak-kanak bawah umur.  Beliau r.a. juga telah mengambil bahagian di dalam Pertempuran Uhud bersama-sama dengan Ummu Sulaim r.a.

 

            Anas r.a. mengatakan bahawa beliau telah melihat 'Aishah binti Abu Bakar r.a. dan Ummu Sulaim r.a.  menyinsingkan kaki seluar mereka dan sebahagian daripada buku lali mereka telah terlihat olehnya (Anas r.a.). Kedua-dua mereka bertugas mengangkat gereba air dan memberi minum kepada tentera Islam. Mereka berulang-alik mengisi air dan memberi minum kepada Mujahidin. (Bukhari, Jilid I, m/s 403)

 

            Tugas menyediakan air adalah proses yang berterusan di medan perang.  Tugas ini hanya boleh dilakukan oleh wanita yang bersenjata dan berpengalaman, dan bukan seorang gadis mentah berumur sepuluh tahun.  Sedangkan untuk mengangkat gereba air pun  suatu tugas yang berat untuknya ( sekiranya beliau r.a. berumur sepuluh tahun pada masa itu) bagaimana mungkin beliau sama-sama memikul tanggungjawab bersama Ummu Sulaim r.a., seorang wanita dewasa? Berganding bahu dengan Ummu Sulaim r.a. itu  sendiri membuktikan bahawa Ummul Mu'minin r.a. sekali-kali bukan seorang kanak-kanak di bawah umur pada masa itu . Dan juga, apabila diakui bahawa kanak-kanak lelaki yang berumur 14 tahun tidak dibenarkan menyertai peperangan, bagaimana mungkin Ummul Mu'minin r.a. yang berumur 10 tahunn dibebankan dengan tugas berat ini.


Add a Comment
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help